Assalammualaikum w.b.t.
Ini le tarikh dlm sejarah,1st time entry with own artikel.Eh,own artikel ke????
Tak……sebenarnya, artikel ni, ditulis berdasarkan luahan hati seorang hamba Allah ‘tu’………bila di fikirkan, kata2 dia ni, bleh masuk akal jugak……So, semoga apa yg saya tulis nanti ni, dapat dikongsi bersama, dan jangan le disalah tafsir pula……
InsyaAllah……….
Sebelum tu, saya nak minta maaf sangat, kalau benda yang saya tulis ni, ada unsur2 yang tidak disenangi oleh beberapa pihak……..Niat saya hanyalah untuk berkongsi pendapat walaupun tidaklah sehebat ustaz2 & alim ulama’ yang lain…….Anggaplah pendapat ni ditulis oleh seorang budak yang cetek pengetahuan,hina lagi dina yang baru lahir di dunia.Cuma terdapat sekelumit rasa untuk mengeluarkan pendapat yang sudah lama terpendam…….tak tahu melalui medium mana hendak disampaikan…….semoga, lepas je benda ni siap, saya boleh lega sebab benda yang terpendam telah pon diluahkan………
Ceritanya begini, saya teringat, pernah suatu ketika dahulu, negara kita heboh membincangkan tentang permasalahan remaja………berbagai-bagai yang timbul turut dibincangkan dikalangan pemimpin negara, tidak ketinggalan golongan2 emas yang menjadikan isu berkenaan sebagai topik perbincangan di warung2 kopi. Pelbagai kaedah dan cara yang dianjurkan pihak tertentu termasuklah beberapa aktiviti2 luar .Tapi, persoalannya, adakah semua itu berkesan? Mungkin ia bekesan pada segelintir remaja yang terlibat, tetapi, adakah ia akan berkekalan hingga remaja tersebut pon sudah naik bosan dengan aktiviti2 yang dijalankan? Dulu program ‘Rakan Muda” dicanang, tidak dinafikan, aktiviti2 dalam komuniti tersebut sedikit sebanyak dapat memaksa remaja supaya menghabiskan masa mereka dengan pelbagai aktiviti dan dalam masa yang sama, remaja tersebut tidak berkesempatan untuk meluangkan masa mereka dengan perkara2 yang tidak berfaedah lebih2 lagi perkara yang melibatkan keruntuhan ahlak@moral terutama dikalangan remaja2 yang beragama ‘ISLAM’.
Ishk…..terpanjang plak mukadimah nya….hehe…..:-p
Ni baru nak sambung cerite pasal luahan hati kawan saya ni……Ni ler bab yang paling susah ni.Nak memulakan ayat untuk cerite orang…..
Camni le, kawan saya ni pernah cerite, walaupun dia ni takder le baik sangat(dia cakap le), sekurang-kurangnya, dia teringin juga menyokong segala cadangan untuk memperbaiki imej ‘ISLAM’ itu sendiri, lagi2 dalam era dunia sekarang, macam2 anasir luar yang dah masuk dalam minda masyarakat ISLAM itu sendiri. Lihat sajelah, anak2 muda sekarang, bukanle plak nak mengata orang lain, cume untuk dijadikan peringatan untuk kite semua, juga untuk diri saya sendiri, ”kite pon bukan nye baik sangat kan?” katanya kepada saya…….
Memang betul, kami pon insane biasa, juga terdapat kesalahan2 yang mendatangkan dosa. Sebab itu suka saya nyatakan, kami menulis ni juga untuk dijadikan peringatan kepada diri sendiri. Kawan saya tu juga ada berpesan,’kite menulis ni, bukan utuk mencari salah sesiapa, tapi, kalau boleh, kite bagi pendapat kite je….”betul tu, saya menulis ni bukan untuk mencari salah sesiapa…….harap maaf kepada yang terasa……….
Sebenarnya, kawan saya ni meluahkan rasa tidak puas hatinya……terhadap tindakan kerajaan, bukanlah pula dia ingin mejadi golongan ‘Anti-Kerajaan’, tetapi,disebabkan tindakan kerajaan yang telah bertindak memutuskan bekalan peruntukan yang sebelum ini disediakan untuk sekolah agama rakyat (SAR), dia seperti marah benar dengan tindakan itu.Mungkin kerana dia ni dulu teringin sangat nak masuk ada skool ‘tu’, skool agama le kut, tapi, tak de rezeki le katakan, so, merana le kawan tu sebab tak dapat. Tup….tup…tup…..,tengok2 (SAR) kena potong budget, maka,lepas tu, ramai le student2 (SAR) ni amek langkah seribu, ader yang cabot…….Ramai gak yang berpendapat, skool (SAR) ni x ckup kemudahan, risau kalau anak2 depa tak ckup ilmu kut !!! tapi, dalam keadaan camni plak timbul dugaan, budget kena potong daa…….nasib baik ada gak yang still bersabo, alhamduliLlah. Isu tersebut masih segar dalam ingatannya………..Kalau dulu, kerajaan susah payah untuk mencari formula yang berkesan untuk membanteras masalah remaja, kini, mereka makin memporak-perandakan institusi yang dapat melahirkan generasi yang bertaqwa. Apakah ini semua?
Bagi kawan saya ni, dia berpendapat, masalah remaja, terutama bagi remaja islam……hanya dapat dikurangkan dengan melahirkan generasi yang betul2 mempunyai pegangan agama yang kukuh pada masa akan datang…….Oleh itu, baginya,sekolah yang memainkan peranan adalah sekolah yang ‘beroperasi’ dengan pegangan agama yang kuat, sudah tentulah sekolah agama !! Jadi, apakah yg akan terjadi jikalau (SAR) diperlakukan sebegini?? Sudahlah kemasukan untuk ke sekolah agama bantuan kerajaan (SMKA), adalah terhad (kepada pelajar2 terpilih),bukankah situasi ini menyukarkan lagi proses melahirkan anak2 yang bertaqwa ?? Mana lah tau,ada juga dikalangan pelajar2 skool harian ni berminat dengan ilmu agama yang masih tak diketahuinya, bukan lah pula pengajaran agama di skool harian tidak mencukupi, tetapi, kebiasaanya, di sekolah agama, mereka akan mendapat lebih pengetahuan, bukan itu saje, mereka juga dapat membiasakan diri dengan suasana islam itu sendiri. Bukan kah itu lebih baik ??
Mungkin sesetengah orang berpendapat, kaedah ini tidak relevan……Tp, bukankah lebih baik mencuba drpd hanya memeluk tubuh sahaja. Berbalik kepada persoalan peruntukan untuk (SAR) tadi, kawan saya tu cukup hairan, kenapa peruntukan bg (SAR) dipotong, tetapi, peruntukan yang disediakan untuk banduan, dikurang pun tidak. Kerajaan sanggup menghabiskan duit negara bagi membiayai proses pemulihan dan pelbagai lagi………….Bukanlah pula bermaksud pembiayaan itu patut diberhentikan, tidak sama sekali. Tapi, mengapa peruntukan sebegitu tidak dapat disalurkan untuk sekolah2 agama terutama kepada sekolah menengah agama swasta (SMA) ???
Bukan kah “mecegah itu lebih baik daripada mengubati??” Oleh itu,renung-renungkan lah wahai pembaca sekalian…………
Anggaplah pandangan ini ihlas dari kawan saya ‘tu’. Dan sekali lagi, hendak saya tegaskan disini, wujudnya artikel ini bukanlah bertujuan untuk mencari salah sesiapa, ini hanya lah pandangan individu.Hanya untuk di fikir2 kan…………..
Wallahualam bissawab……………