>><< SeRviCeS >><<

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Saturday, August 20, 2005

Merdekakah Kita ???

SUDAH MERDEKAKAH KITA?


Dulu kita pun macam ini,
Ramai-ramai berkerumun,
Mengadap bendera dinaikkan,
Sambil melaugkan Merdeka,
Dan menyanyi bertalu-talu…..!!!

Dulu kita pun macam ini,
Berbondong-bondong bendera ditempah,
Berselirat dipasang di bangunan, kenderaan, pokok….
Mlah di tandas pun ada….!!!

Dalam media massa bertali arus,
Kempen Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

48 tahun kita sudah merdeka,
48 tahun macam-macam ada,

Tapi bangsa kita ada apa?
………..macam-macam ada…………
Ironinya….. 48 tahun sudah kita medeka,
Kemelut social makin berleluasa,
Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Mentor
Adalah citarasa bangsa kita !!

Merdekakah sudah bangsa kita ?
….Jika penganggur kehormatnya bangsa kita….?

Merdekakah sudah bangsa kita ?
….Jika penghuni Serenti dan penjara bangsa kita….?

Merdekakah sudah bangsa kita ?
Jika anak-anak mudanya suka berpeleseran…….?
Dengan arak dan rokok yang dipuja-puja……?
Serta cerdik pandainya tidak bersahsiah…..?

Merdekakah sudak bangsa kita ?
Jika kian ramai pelajar kita tidak tahu membaca…..?
Dan malas berusaha……?

Merdekakah sudah bangsa kita ?
Jika bangsa Melayu kita kian jauh dari agama……?
Buta Al-Quran dan murtad…..?
Serta ajaran sesat berleluasa…..?

Jika Tok Bahaman, Mat Kilau, Maharajalela……
Dapat kembali ke dunia……
Pasti kita dibunuh mereka……
Kerana harga darah merah…….
Dan nyawa mereka rupa-rupanya sia-sia belaka………
Pengorbanan mereka rupa-rupanya tidak kita mengertikan…….

Ayuh…..
Mengertikanlah merdeka……
Mengikut acuan Illahi……
Kerana kita semua akan mati…..
Dan Merdeka ini akan menjadi saksi…….


Copyright…
pjuang kemerdekaan…..

No comments: